Krisis Ukraine – UK Umum Kenakan Sekatan Ekonomi Terhadap Rusia!

996

U.K. telah mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia yang mensasarkan lima bank Rusia dan tiga individu berprofil tinggi berikutan keputusan Presiden Vladimir Putin menghantar tentera ke timur Ukraine.

Berucap kepada para penggubal undang-undang pada hari Selasa di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Boris Johnson berkata sekatan pertama akan menyasarkan Rossiya, IS Bank, General Bank, Promsvyazbank dan Black Sea Bank.

Sekatan juga akan dikenakan ke atas tiga individu yang memiliki nilai kekayaan bersih tertinggi iaitu Gennady Timchenko, Boris Rotenberg dan Igor Rotenberg. Johnson menambah bahawa langkah untuk mengenakan sekatan terpaksa diambil selepas peluang yang diberikan oleh kebanyakkan pemimpin negara tidak diendahkan. Dalam masa yang sama ia juga satu ikhtiar untuk mencari solusi.

Kata Johnson, “Kami tidak akan berputus asa dan akan terus mencari penyelesaian diplomatik sehingga sisa terkahir. Namun sayangnya hal itu tidak ditanggapi oleh Putin seperti yang kami harapkan”.

Justeru, mengenakan sekatan akan menjadi langkah pertama dan jika ia tidak berhasil maka sekatan bersama Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah berkemungkinan akan diambil.

Dalam masa yang sama Johnson juga menyelar tindakan Presiden Rusia, Putin dengan menganggap tindakan beliau sebagai satu tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa secara rasmi dengan mengiktiraf Luhansk dan Donetsk sebagai negara merdeka.

Konflik geopolitik ini dilihat semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Pasaran berisiko telah terkesan berikutan ketegangan yang berlaku.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat