Pergerakan trend bullish pada carta pasangan mata wang GBP/USD untuk beberapa minggu sejak awal Jun lalu mula menunjukkan tanda-tanda perubahan arah.
Pada minggu lalu, corak penurunan harga mula dipaparkan selepas harga telah mencapai ketinggian terbaru di sekitar 1.32600.
Kenaikan lebih tinggi tidak berjaya diteruskan sebaliknya harga mula memberikan petanda untuk trend bearish bermula dengan penyusutan dilihat berlaku di bawah zon 1.32000.
Situasi tersebut didorong oleh faktor pemulihan semula US dolar pada penutup dagangan Ogos yang mendorong tekanan kembali ke atas prestasi cemerlang Pound sebelum ini.
Pada dagangan yang menuju penutup sesi terakhir minggu lalu, harga dilihat susut menghampiri zon 1.31000 dengan pergerakan harga kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Untuk jangkaan penurunan lanjut harga, pergerakan harga berkemungkinan lebih rendah di bawah zon 1.31000 sebelum melanjutkan pergerakan trend bearish tersebut.
Sasaran untuk penurunan harga seterusnya dilihat pada sekitar 1.30000 atau lebih rendah lagi sekiranya US dolar paparkan prestasi cemerlang minggu ini.
Namun, risiko untuk penyusutan semula US dolar tetap ada menjelang mesyuarat penting pada September ini yang telah lama dinantikan pelabur.
Sekiranya harga melantun membuat kenaikan semula, zon 1.32000 dilihat sebagai rintangan penting yang akan menentukan arah pergerakan selanjutnya harga.
Kenaikan lebih tinggi melepasinya mampu mencapai semula puncak 1.32600 sebelum ini sebelum harga meneruskan kenaikan untuk mencatatkan paras ketinggian yang terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG