GBP/USD Susut Ke $1.2500, Minggu Ini Boleh Ke Melonjak Balik?

141

Semakin menuju dagangan pada penghujung minggu lalu, carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat semakin menunjukkan corak penurunan.

Ini telah membantutkan kenaikan yang berlaku pada awal minggu yang telah mencatatkan paras tertinggi terbaru 10 bulan.

Ketika tumpuan diberikan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, harga telah turun mencecah 1.24000 pada reaksi awal terbitan data tersebut.

US dolar sedikit mengukuh setelah komponen laporan yang diterbitkan adalah positif dan menyokong raja mata wang itu, namun momentum kembali pudar pada penutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut.

Tumpuan akan terarah pada data inflasi AS pula pada minggu ini, dan mata wang Pound akan memberi reaksi pada data pertumbuhan ekonomi UK yang akan dterbitkan pada Khamis.

Juga ucapan oleh Gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey akan diberikan perhatian minggu ini untuk petunjuk dasar monetari selanjutnya.

Sehingga menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga masih berlegar perlahan di atas paras 1.24000 di sesi Asia pagi ini.

Namun, pergerakan harga yang kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menyukarkan jangkaan untuk harga meningkat lebih tinggi.

Jika penurunan harga berlaku di bawah paras 1.24000, harga berkemungkinan boleh susut lebih rendah menuju zon tumpuan 1.22000.

Seterusnya, zon RBS (resistance become support) pada 1.22000 pula akan menjadi sasaran setelah isyarat bearish harga lebih jelas.

Namun jika harga berjaya melantun naik semula dari paras 1.24000, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan pergerakan trend bullish minggu-minggu sebelum ini bakal diteruskan kembali.

Sasaran adalah untuk menguji dahulu paras rintangan pada 1.25000 sebelum kenaikan yang berjaya diteruskan akan catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat