GBP/USD Susut Ke Zon Support $1.3800 Menjelang Laporan Data Pekerjaan UK

530

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang bersambung sehingga hari ini dilihat kekal dalam julat 100 pips antara paras $1.3800 dan $1.3900 memasuki hari keenam berturut-turut.

Sementara pelabur berwaspada terhadap perkembangan ekonomi UK yang mempengaruhi Pound, pergerakan harga dilihat lebih dipacu oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran.

Laporan data pekerjaan UK akan diterbitkan pada awal sesi Eropah sebentar lagi dan dijangka akan mempengaruhi pergerakan Pound hari ini.

Selepas harga pada carta GBP/USD melonjak dari zon support 1.3800 pada Jumaat lalu, kenaikan harga gagal diteruskan susulan sentimen risk-off pasaran menyelamatkan US dolar daripada terus mengalami susut nilai di awal minggu ini.

Harga gagal membuat kenaikan ke paras 1.19000 sebaliknya susut semula ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan jangkaan paras tersebut akan melonjakkan semula harga pada hari ini (Selasa).

Sebaliknya harga semakin susut lebih rendah pada dagangan sesi Asia pagi ini ke bawah paras MA50 untuk isyarat bearish harga semula.

Penurunan harga kembali menuju ke zon support 1.38000 dan jika harga berjaya tembus lebih rendah, sasaran berikutnya adalah ke zon sekitar 1.37000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Namun jika harga kembali melonjak melepasi zon SBR (support become resistance) 1.39000, kenaikan lebih tinggi harga bakal dijangkakan menuju zon rintangan tumpuan pada 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat