Mata wang Pound mengakhiri dagangan pada minggu lalu dengan suram setelah pelabur menilai data-data ekonomi penting yang diterbitkan menjadi petunjuk untuk dasar monetari bank pusat selanjutnya.
Ketika data purata gaji diterbitkan agak memberangsangkan, Pound papar pergerakan positif sehingga data inflasi UK diberi tumpuan.
Setelah data jualan runcit UK diterbitkan merosot pada penghujung minggu, Pound kembali susut semula.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-tumpuan-awal-minggu-21
Dapat diperhatikan pergerakan harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu dengan kejatuhan harga mencecah semula paras 1.27000.
Sebelum itu, kenaikan harga telah berjaya mencapai ketinggian sekitar 1.27870 namun terkandas sebelum sempat menyentuh paras 1.28000.
Setelah jatuh mencecah paras 1.27000 semula, harga kembali melantun melihatkan paras tersebut masih berjaya mengekang kejatuhan lebih rendah.
Menutup dagangan di sesi terakhir di sekitar 1.27300, harga berlegar perlahan menyambung pembukaan sesi Asia di awal minggu ini di sekitar paras tersebut.
Jika penurunan semula harga berlaku, paras sokongan pada 1.27000 akan diuji lagi minggu ini dan reaksi harga akan memberi petunjuk pergerakan selanjutnya.
Jika tembus lebih rendah, harga bakal menuju ke zon tumpuan berikutnya berada pada 1.26000 setelah beberapa kali diuji sebelum ini namun belum ditembusi.
Sebaliknya jika harga melonjak semula, berkemungkinan paras ketinggian minggu lalu mampu diatasi oleh harga.
Zon 1.28000 bakal diuji dan sekiranya harga berjaya teruskan kenaikan lebih tinggi, sasaran seterusnya adalah pada 1.29000 untuk dicapai.
Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG