GBP/USD Tak Jadi Terjun, Powell Lonjakkan Harga Naik Semula!

175

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD mengubah haluan arahnya susulan pasaran memberi reaksi terhadap nada isyarat yang berbeza oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terhadap dasar monetari.

Pada awal minggu, harga menunjukkan penurunan dari paras ketinggian 1.28400 yang telah dicapai dan memberi isyarat perubahan trend bearish.

Namun, arah harga berubah semula setelah Powell memberi isyarat bank pusat semakin hampir untuk laksanakan pemotongan kadar faedah, namun perlu menilai dahulu situasi penurunan inflasi.

US dolar kembali melemah memberi ruang untuk Pound bernafas semula. Di sesi Eropah, data pertumbuhan ekonomi UK akan diperhatikan untuk memacu pergerakan Pound.

Kemudiannya, pelabur akan nantikan petunjuk pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam nanti.

Penurunan harga pada carta GBP/USD melihatkan harga menguji zon tumpuan pada 1.28000 namun tidak berjaya melanjutkan penurunan lebih rendah.

Sebaliknya, harga kembali melantun naik melepasi garisan halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang memberi indikasi perubahan trend bullish semula.

Kenaikan harga berterusan sehingga ke penghujung sesi New York, dan menyambung dagangan di pembukaan sesi Asia, harga dilihat masih meneruskan lagi kenaikan namun pada tempo yang lebih perlahan.

Paras ketinggian terbaru berjaya dicatatkan di sekitar 1.28600 yang dilihat sedang mencabar rekod dagangan pada Jun lalu.

Jika kenaikan diteruskan melepasinya, harga akan mencatatkan ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 4 bulan dengan sasaran pada 1.29000.

Sebaliknya jika penurunan semula harga berlaku, zon 1.28000 dilihat sebagai zon sokongan terhampir harga dengan reaksi di sekitar itu akan diperhatikan.

Terjun lebih rendah memberi petunjuk untuk pergerakan bearish buat harga dengan sasaran penurunan adalah pada zon 1.27000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat