Carta harga pasangan mata wang GBP/USD bakal terus berisiko didagangkan dengan data-data berimpak tinggi buat Pound dan US dolar menjadi tumpuan pelabur.
Pada Selasa semalam, data pekerjaan UK diberi tumpuan pada sesi Eropah. Dengan bacaan komponen yang agak bercampur dilihat gagal menyokong peningkatan nilai Pound.
Sementara pergerakan harga bertambah rancak di sesi New York apabila data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan menepati ramalan angka yang sedikit menurun.
US dolar melemah sebaik data diterbitkan, namun kembali pulih semula memberi tekanan kepada Pound di sesi tersebut.
Dapat dilihat pada carta GBP/USD, harga melonjak naik menguji paras rintangan pada 1.26000 sebelum harga terjun semula menuju ke paras 1.25000 namun tidak berjaya menyentuhnya.
Harga kekal berlegar di antara julat 1.26000 dan 1.25000 dengan pelabur masih menantikan petunjuk seterusnya untuk arah harga yang lebih jelas.
Harga yang turut bergerak berhampiran garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD diperhatikan pelabur untuk menilai perubahan trend harga.
Sekiranya harga bergerak membuat kenaikan, rintangan pada 1.26000 sekali lagi akan diuji untuk ditembusi dan memberi isyarat bullish.
Kenaikan harga yang diteruskan akan kembali menuju semula ke zon rintangan tumpuan sebelum ini pada ketinggian 1.27000.
Sebaliknya jika harga ditekan jatuh ke bawah, paras 1.25000 sebagai sokongan semasa buat harga akan terus diasak.
Jika paras tersebut akhirnya gagal menghalang kejatuhan harga, harga yang tembus lebih rendah akan menyambung pergerakan trend bearish sebelum ini.
Sasaran penurunan harga seterusnya dilihat pada sekitar 1.24000 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.
Bakal membuatkan pelabur lebih berwaspada untuk kedua-dua mata wang US dolar dan Pound pada minggu ini apabila berdepan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dan FOMC.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG