Carta pasangan mata wang GBP/USD memecah rekod ketinggian terbaru untuk tempoh 1 tahun apabila lonjakan harga dipaparkan semalam.
Pound menunjukkan reaksi positif susulan data inflasi UK yang diterbitkan di sesi Eropah apabila bacaan indeks harga pengguna (CPI) untuk Jun kekal di paras 2.0% berbanding ramalan untuk susut ke paras 1.9%.
Ditambah pula dengan situasi penyusutan US dolar semalam, Pound berjaya meneruskan peningkatan nilainya semalam namun pelabur akan kekal berhati-hati menjelang data petunjuk seterusnya.
Di awal sesi Eropah hari ini pula (Khamis), laporan data pekerjaan UK akan diperhatikan di mana turut menjadi indikator penting kepada bank pusat untuk penilaian kesihatan semasa ekonomi.
Kenaikan harga ke paras ketinggian terbaru semalam mencapai 1.30400 selepas paras rintangan 1.30000 telah berjaya ditembusi.
Namun, menuju dagangan penghujung sesi New York, harga kembali berundur semula ke paras 1.30000 dan kekal mendatar perlahan di sekitar itu bersambung ke dagangan sesi Asia pagi ini.
Walaupun menunjukkan penurunan, harga masih kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu yang menunjukkan isyarat pergerakan bullish.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan selepas harga melantun dari paras 1.30000 sebelum mengatasi paras ketinggian semalam.
Paras baru akan dicatatkan dengan sasaran harga adalah untuk menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.31000.
Jika situasi berubah, penurunan harga di bawah paras 1.30000 dan melepasi sokongan MA50 akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend.
Harga berkemungkinan untuk mencecah semula ke paras 1.29000 atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di baah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG