Carta pasangan mata wang GBP/USD pada penutup dagangan minggu lalu turut digoncangkan oleh reaksi pasaran terhadap acara tahunan simposium Jackson Hole.
US dolar dilihat mata wang ketara memberi reaksi dengan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menjadi tumpuan utama untuk petunjuk dasar monetari bank pusat selanjutnya.
US dolar mengukuh setelah kenyataan cenderung hawkish oleh Powell yang menyatakan bank pusat masih perlu untuk menaikkan kadar faedah lagi dalam usaha untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.
Namun, pelabur akan menantikan isyarat yang lebih jelas menuju mesyuarat September ini dengan meneliti data ekonomi terbaru terutamanya pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta laporan data pekerjaan NFP.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-selepas-jackson
Jika diteliti pada carta GBP/USD pada Jumaat lalu, harga berjaya membuat kenaikan awal hingga ke paras 1.26500.
Setelah menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut tetapi gagal tembusinya, harga telah menjunam sekitar 100 pips mencecah paras 1.25500, mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu.
Namun, pada penutup sesi terakhir itu harga melantun semula menghampir zon penting 1.26000 di mana harga turut berlegar perlahan di zon itu pada pembukaan dagangan awal minggu ini.
Dengan isyarat pergerakan masih bearish, harga dijangka akan melanjutkan penurunan lebih rendah mengatasi paras dicecah minggu lalu.
Seterusnya, tumpuan akan terarah pada zon tumpuan berikutnya pada 1.25000 yang dilihat akan menjadi support terbaru buat harga sambil mencatatkan paras terendah terbaru lagi.
Sementara, jika harga melonjak tinggi setelah melepasi paras 1.26000 dan halangan MA50, paras 1.27000 disasarkan untuk dicapai semula setelah isyarat perubahan trend bullish tersebut.
Kenaikan jika diteruskan akan menuju zon rintangan minggu-minggu sebelum ini iaitu 1.28000 yang masih menjadi tembok kebal untuk harga tembusi.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG