GBP/USD ‘Terluka’ Lagi! Jatuh 100 Pips Pada Penerbitan NFP

305

Pergerakan harga pada carta GBP/USD terus utuh dalam mengekalkan momentum penurunan setelah harga menurun lebih 100 pips di penutup dagangan minggu lalu meskipun sedikit sendu pada awalnya.

Yakni penurunan itu secara tidak langsung dilihat meneruskan kecenderungan untuk menjunam serta harga nampaknya telah sekali lagi mencecah ke zon sokongan dan paras terendah 2021 pada 1.32000.

Namun pergerakan harga tampaknya telah kembali bergerak perlahan di awal sesi Asia hari ini (Isnin) dan terus didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Prospek pengukuhan matawang Pound terus terjejas yang barangkali masih lagi menghadapi tekanan risiko dek kerana isu Brexit yang kekal buntu dalam mencapai kata putus terakhir ketika perbicaraan.

Disebabkan hal terbabit, ia telah menyebabkan sentimen pasaran berisiko dan membuatkan pelabur lebih mencari aset safe-haven seperti matawang USD di kala ancaman virus Omicron terus merebak.

USD pula terus memanfaatkan peluang untuk memapar pengukuhan walaupun penerbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan dengan bacaan yang sangat terpesong daripada jangkaan pasaran.

Pengekalan momentum penurunan yang lebih rendah bakal menyaksikan harga berupaya menembusi paras terendah sekitar 1.31940 sebelum dijangka akan menjejaki ke zon sokongan berikutnya 1.31000.

Yakni yang mana penurunan berkenaan akan sekali gus mencipta paras terendah yang terbaharu bagi tahun ini dan sejak Disember 2020 serta kekal mencatatkan junaman sepanjang 3 minggu berterusan.

Namun tidak mustahil jika Pound dapat memberi semula pengaruh pengukuhan yang mungkin boleh mendorong pergerakan harga kembali mendaki.

Pendakian tersebut tampaknya akan mencapai zon SBR (support become resistance) 1.33000 terlebih dahulu sebelum mencantas trendline resistance bagi isyarat awal trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat