Walaupun Bank of England (BOE) mengejutkan pasaran dengan kenaikan kadar faedah yang lebih besar berbanding ramalan pada mesyuarat polisi minggu lalu, namun malangnya mata wang Pound masih gagal untuk bersinar.
Nilainya terus mengalami penyusutan pada minggu ini berbanding US dolar yang sedang menyerap faktor-faktor yang menyokong langkah pengetatan dasar monetari bank pusat.
Pada Rabu lalu, ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah menyuntik kembali pengukuhan US dolar dengan mengulangi bahawa bank pusat bakal meneruskan kenaikan kadar faedah beberapa kali lagi menjelang penghujung 2023.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD reaksi harga menunjukkan kejatuhan ketara setelah melepasi paras sokongan penting pada 1.27000.
Harga akhirnya telah menyentuh paras tumpuan seterusnya pada 1.26000 ketika penurunan masih diteruskan lagi pada sesi New York semalam.
Situasi tersebut didorong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan bacaan akhir menunjukkan angka yang melonjak lebih jauh dari ramalan dan juga bacaan sebelumnya.
Ini terus menambahkan lagi tekanan buat Pound, dan harga berkemungkinan akan menyambung corak penurunan pada penutup Jun 2023 ini.
Pergerakan harga perlahan di atas zon 1.26000 di sesi Asia pagi ini, namun kekal berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut menunjukkan isyarat pergerakan kekal bearish.
Sekiranya harga menyambung penurunan di bawah paras 1.26000 yang kini menjadi paras sokongan semasa buat harga, sasaran adalah untuk menuju pula zon 1.26000.
Paras tersebut diuji pada 12 Jun lalu sebelum pasaran menyaksikan lonjakan harga yang mencatatkan paras tertinggi sejak April 2022 pada minggu tersebut.
Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula harga, melepasi halangan MA50 akan menjangkakan paras 1.27000 kembali menjadi tumpuan untuk diuji semula.
Jika berjaya lepasi ke paras lebih tinggi, berkemungkinan zon rintangan minggu sebelum ini pada 1.28400 bakal dicapai harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG