Mata wang Pound juga turut terkesan oleh asakan pengukuhan semula US dolar pada dagangan Selasa semalam.
Sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko susulan kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan aktiviti ekonomi di Eropah dan China, kembali mendorong pengukuhan US dolar yang terbantut di awal minggu.
Bacaan akhir PMI perkhidmatan UK yang diterbitkan di sesi Eropah semalam dilihat baik bagi bulan Ogos, sedikit memperlahankan penyusutan Pound pada dagangan yang bersambung pada sesi New York.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-menggila-habis-mata
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga dilihat telah menjunam di sesi Eropah setelah pada mulanya mendatar pada 1.26300 di sesi Asia sebelumnya.
Terjunan harga telah berjaya mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu mencecah sekitar 1.25300 sebelum sedikit melantun sehingga ke penutupan seis New York.
Harga dibuka sekitar paras 1.25600 pada sesi Asia pagi ini dengan pergerakan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD mencadangkan trend kekal bearish.
Penurunan harga dijangka akan diteruskan lagi menuju zon 1.25000 sekiranya US dolar masih mengekalkan pengukuhannya.
Paras terendah akan terus dicatatkan dan sekiranya harga tembus zon 1.25000, penurunan lebih rendah akan mensasarkan pula ke sekitar 1.24000.
Sebaliknya, situasi akan berubah jika harga mula bergerak naik melepasi paras 1.26000 dan halangan MA50 sebagai petunjuk awal perubahan trend.
Kenaikan harga bakal diteruskan menuju ke paras rintangan tumpuan minggu lalu iaitu pada 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG