GBP/USD Terus Membuat Penurunan Ke Paras Terendah Terbaru 2 Bulan

624

Sentimen pasaran yang dilihat bakal berisiko pada minggu ini bakal menyaksikan pengukuhan dagangan matawang US dolar.

Risiko melibatkan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China dengan laporan sekatan bekalan kepada Huawei Technologies dan China pula bertindak balas dengan ancaman menyenarai hitamkan syarikat dari Amerika seperti Apple, Qualcomm dan Cisco.

Hal ini adalah susulan ugutan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini untuk memutuskan perjanjian perdagangan bersama China dengan dakwaan China tidak menepati janji pembelian produk Amerika dalam syarat perjanjian.

US dolar menutup dagangan minggu lalu dengan pengukuhan yang dipamerkan walaupun data ekonomi yang diterbitkan masih lemah. Sementara, Pound Sterling pula dilihat sebagai matawang dengan prestasi paling merosot.

Penyusutan ketara Pound pada dagangan penghujung minggu lalu didorong oleh pertimbangan bank pusat England (BOE) untuk penurunan kadar faedah ke paras negatif. Selain itu, ketidaktentuan rundingan Brexit juga turut memberi tekanan terhadap dagangan Pound.

Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah membuat penurunan pada minggu lalu mencecah paras terendah terbaru 2 bulan.

Bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, penurunan harga dari paras tertinggi awal minggu mencatatkan sekitar 330 pips penurunan sehingga penghujung minggu ke paras terendah 1.21000.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga dibuka sedikit rendah pada permulaan sesi Asia sebelum bergerak membuat kenaikan yang lemah ke paras sekitar 1.21000 semula.

Matawang Pound bakal berisiko didagangkan pada minggu ini menjelang data pekerjaan UK serta beberapa data ekonomi yang lain.

Ini akan mendorong penurunan harga yang dijangka akan menuju paras tumpuan pada 1.2000 jika Pound terus bergerak lemah dalam pasaran.

Penurunan lebih rendah akan terus mencatatkan paras terendah 2 bulan terbaru pada carta GBP/USD.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras rintangan yang akan menjadi perhatian adalah pada 1.22000 dan juga 1.22500. Kenaikan lebih tinggi akan memberikan isyarat kepada perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat