Walaupun pasaran mata wang sedang menyerap risiko ketegangan semula geopolitik Rusia-Ukraine, mata wang Pound berjaya pertahankan aksi cemerlang untuk paparkan peningkatan sehingga ke penghujung sesi New York pada dagangan semalam.
Pound masih disokong oleh sentimen inflasi UK yang mengukuh ke paras paling tinggi 30 tahun berdasarkan data yang diterbitkan pada Rabu lalu.
US dolar pula gagal memberi tekanan yang ketara terhadap dagangan Pound semalam walaupun pelabur sedang menantikan pengukuhan US dolar dalam suasana pasaran yang kembali bertukar negatif.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-krisis-geopolitik-tegang-semula-182#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah menunjukkan peningkatan sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 1.36370 pada sesi New York semalam menunjukkan Pound lebih mendominasi ke atas US dolar.
Harga masih bergerak dalam trend bullish dengan penurunan sementara harga di sesi Asia semalam sekadar menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Penghujung sesi New York sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) menunjukkan penurunan semula dari paras ketinggian yang dicapai, namun pelabur masih melihat harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Paras sasaran seterusnya adalah pada 1.36500 yang menjadi rintangan penting untuk harga tembusi sebelum memberi isyarat bullish yang lebih jelas.
Untuk kenaikan yang diteruskan, paras ketinggian sekitar 1.37400 bakal dicapai yang menjadi zon rintangan pada dagangan Januari lalu.
Namun, jika berlaku penurunan harga semula, harga yang bergerak di bawah paras MA50 dan susut lebih rendah dari paras 1.35700 akan memberikan isyarat trend bearish semula.
Penurunan yang diteruskan akan menguji zon RBS (resistance become support) 1.3500 yang masih berjaya membendung kejatuhan harga untuk dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG