Mata wang Pound dilihat bergerak suram selepas berakhirnya mesyuarat polisi Bank of England (BOE) minggu lalu dengan kejutan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.
Walaupun Pound dijangka akan mengukuh pada tempoh ke depan, data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang diterbitkan bagi bulan Jun semakin menghadkan momentum tersebut.
Pound suram di penghujung minggu ekoran bacaan data yang kurang memberangsangkan, sama seperti yang terjadi pada Euro dan US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx
Pada pergerakan di carta pasangan mata wang GBP/USD, dapat diperhatikan harga berlegar perlahan meniti di atas paras 1.27000 yang menjadi sokongan semasa buat harga.
1.27000 merupakan zon RBS (resistance become support) yang penting untuk dinilai dan pelabur sememangnya menunggu reaksi harga pada kawasan itu.
Berlaku lantunan harga yang perlahan sehingga menyambung pada pembukaan dagangan di awal minggu ini.
Pergerakan harga di sesi Asia memperlihatkan harga menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang menjadi indikasi pergerakan bagi trend bearish buat harga.
Jika harga berjaya tembus MA50 itu, kenaikan harga berkemungkinan diteruskan menuju semula paras rintangan yang dicapai minggu lalu sekitar 1.28400.
Mengatasi kenaikan ke paras lebih tinggi akan menjangkakan harga menguji zon ketinggian pada 1.29000 selain memecahkan rekod tertinggi terbaru sejak April 2022 lalu.
Namun jika halangan MA50 gagal dilepasi dan harga melantun turun semula, zon RBS 1.27000 akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Jika harga akhirnya tembus melepasi zon penting itu, akan menjadi isyarat pergerakan trend bearish bakal bermula.
Sasaran penurunan awal dilihat ke sekitar 1.26000 sebelum harga yang melanjutkan penurunan bakal menuju ke sekitar zon tumpuan 1.25000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG