GBP/USD Turun Semula Lebih 400 Pips Dari Paras Lonjakan Minggu Lalu

357

Terus menjadi tumpuan dan pilihan utama trader adalah pasangan matawang GBP/USD yang masih kekal menunjukkan penurunan sepanjang minggu selepas pengukuhan ketara Pound ketika kemenangan parti Konservatif dalam pilihan raya UK minggu lalu.

Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengumumkan rancangan untuk menulis undang-undang untuk UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2020 tanpa membenarkan lanjutan tempoh peralihan.

Penganalisis pasaran melihat penurunan 1.6% pada dagangan Pound adalah terbesar untuk tahun ini dalam tempoh 1 minggu. Penurunan pada GBP/USD yang telah mencecah 400 pips dari paras ketinggian melepasi 1.35000, melenyapkan semula keuntungan yang diraih pada lonjakan harga minggu lalu.

Selain risiko Brexit, pasaran juga berwaspada terhadap data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada petang ini. Lebih menjadi tumpuan adalah mesyuarat dasar monetari Bank of England (BOE) pada Khamis dengan sentimen dovish.

Jika diteliti, penurunan harga yang menguji paras 1.31000 pada zon RBS (resistance become support) semalam telah melepasi garisan trendline yang menjadi paras sokongan dinamik harga.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, mengejutkan pasaran apabila harga telah turun lebih rendah dari paras RBS 1.31000 tersebut menguatkan lagi trend penurunan pada carta GBP/USD.

Setelah turun semula lebih 400 pips dari paras ketinggian yang dicapai minggu lalu, harga kini menguji sekitar paras yang menjadi titik lonjakan ketara sekitar 1.30700-1.30500.

Penurunan harga dijangka akan mencecah paras 1.30000 menjadikan penurunan harian 100 pips atau lebih jika risiko Brexit terus memberi tekanan buat matawang Pound British.

Jika harga menunjukkan kenaikan, paras sekitar 1.31800 dilihat paras tumpuan yang akan diuji untuk pembetulan harga sebelum harga kembali menyambung penurunan semula.

Dan sekiranya sentimen berubah, harga bakal kembali membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras harga 1.32000 dan bergerak lebih tinggi berkemungkinan menuju ke paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Sebarang laporan terbaru Brexit akan menggerakan harga pada carta GBP/USD dan trader disarankan untuk berwaspada dan kawal risiko bagi posisi dagangan Pound.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat