GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Jul 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 70 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5420 ke serendah 1.5345; setelah Bank of England mengekalkan “interest rate” pada 0.5% dan pembelian aset pada £375 bilion.  Pada masa yang sama, Dollar AS kekal kukuh dengan para pedagang memberi tumpuan kepada bank-bank pusat di UK serta ECB.

Bank of England telah meminta kakitangannya untuk melihat alat-alat yang boleh digunakan untuk mengawal selia gadai janji pinjaman secara beli untuk sewa.  Ia datang lebih awal daripada kajian kerajaan sama ada untuk memberikan BoE kuasa yang formal ke atas sektor ini. Rekod mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kewangan BoE pada 24hb Jun, menunjukkan bank meminta kakitangan untuk mengumpul bukti bagi rundingan dengan kerajaan pada akhir tahun ini.

Bank of England sedang bersedia untuk menaikkan “interest rate” untuk kali pertama sejak krisis kewangan. Ian McCafferty, anggota Jawatankuasa Dasar Monetari Bank, berkata bahawa beberapa halangan yang menahan ekonomi telah “kini mula pudar”. Ini bermakna bahawa “kita menghampiri masa dimana dasar kewangan perlu memulakan perjalanan kembali ke tetapan yang ‘normal’,” katanya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat