GBPUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jul 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar terus memacu naik lebih 180 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5550 sebelum menutup sekitar paras 1.5515; selepas “trade balance” UK yang dijangka meleset, dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  UK dijangka menambah defisit sebanyak £300 juta, dari -£9.4 kepada -£9.7 bilion. Bacaan -£8 bilion mendorong tambahan permintaan untuk Pound.

Defisit perdagangan di UK mengecil kepada paras terendah dalam hampir dua tahun pada Mei, apabila import jatuh dan eksport ke rantau euro meningkat.  Jurang perdagangan barangan mengecil kepada £8 bilion ($12.4 bilion) dari £9.4 bilion pada bulan April, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK di London pada Jumaat lalu. Ahli ekonomi meramalkan defisit sebanyak £9.7 bilion, demikian menurut satu kaji selidik Bloomberg. Eksport jatuh 0.1% dan import turun 4.1%.

Eksport ke rantau euro meningkat 3.3%, walaupun jualan kepada Kesatuan Eropah yang lebih luas, susut 0.3%. Import dari EU jatuh 3.3% dan dari negara-negara lain merosot 5.1%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat