GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar yang meyusut lebih 110 mata Selasa semalam, memacu naik semula pada awal pembukaan sesi dagangan Amerika Latin, apabila Pound dilihat dibeli semula dan menutup dagangan sekitar 1.5158, 4 mata lebih tinggi dari penutup Isnin lalu.  Kejatuhan Pound ini dilihat sebagai satu peluang untuk menambah pelaburan di United Kingdom terutamanya apabila pasaran ekuti merudum kelak.

FTSE 100 Index UK yang menutup dua minggu berturut-turut dengan “bearish candles”, dilihat sebagai petanda kejatuhan lanjut pasaran ekuiti UK.  Pasaran yang telah membuat spekulasi lebih 6 bulan tentang kenaikan “interest rate” UK, begitu kecewa dengan keputusan majoriti Majlis MPC untuk mengekalkan “interest rate” pada Jun tahun lepas; lantas menjual Pound dan beralih kepada matawang yang memberi pulangan lebih “interest” seperti Aussie dan Kiwi, disamping US Dollar yang dijangka dinaikkan “interest rate” nya tahun ini.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK hari ini, Dollar dilihat bakal meguasai pasaran terutamanya jika “retail sales” yang dijangka merudum dari 0.7% kepada -0.1% keluar lebih baik dari jangkaan.  Bagaimanapun, Gabenor BoE Mark Carney dijangka memberi ucapan malam nanti yang boleh mempengaruhi Pound.  Pasaran dijangka terus “ranging” dalam julat setinggi 1.5200 ke serendah 1.5080 hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat