GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2016

28

Pound Dollar jatuh lebih 120 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar paras $1.4410 sebelum menutup sekitar paras $1.4430; setelah Dollar AS kembali kukuh dan para trader mula memberikan perhatian kepada mesyuarat EU dengan permintaan British untuk kekal dalam Euro-Zone. Pound dibantu oleh sokongan belian untuk matawang dan aset yang lebih berisiko, walaupun terdapat kebimbangan berterusan mengenai masa depan Britain dalam Kesatuan Eropah.

Britain melobi untuk memenangi sokongan daripada rakan-rakan Eropahnya bagi permintaan reformasi EU yang akan dibentangkan pada sidang kemuncak minggu ini, menurut Setiausaha Luar Philip Hammond baru-baru ini. Beberapa bank meramalkan kejatuhan sehingga 20% dalam nilai Sterling jika rakyat Britain mengundi untuk meninggalkan EU – senario yang digelar “Brexit,” walaupun senario yang paling mungkin ialah kekal dalam EU.

[adrotate group=”6″]

“Walaupun terdapat isu-isu lain juga dalam agenda, tumpuan akan diberikan kepada kemajuan dalam rundingan semula UK pada sidang kemuncak pemimpin EU minggu ini,” kata Adam Cole, ketua strategi FX G10 di RBC Capital, sambil menambah bahawa sebarang tanda-tanda kesepakatan akan memberikan impak positif kepada Pound.

Hari ini Britain bakal melaporkan inflasi tahunan yang dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.3%, walaupun inflasi bulanan dijangka jatuh dari 0.1% kepada -0.7%.  Harga pengeluar UK pula dijangka terus jatuh dari -0.8% kepada -1.2%.  Malamnya pula, AS bakal melaporkan Indeks Pembuatan Empire State yang dijangka pulih dari -19.4 mata kepada -10.5 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat