GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mac 2016

41

Pound Dollar jatuh untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 160 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4140 sebelum menutup sekitar paras $1.4150; setelah pungutan suara terbaru mendapati peratusan rakyat Britain yang mahu UK keluar dari EU kini sedikit meningkat.  Pada masa yang sama, permintaan untuk Dollar  kukuh menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis esok.

Di pasaran UK semalam, pungutan suara terbaru dari Daily Telegraph ORB melaporkan bahawa peratusan sokongan untuk kekal dalam EU telah merosot kepada 49% dan kini sokongan untuk keluar dari EU telah meningkat kepada 51%, sekaligus meningkatkan kerisauan tentang ‘Brexit’.  Indeks FTSE 100 UK susut lebih 0.5% untuk menutup sekitar paras 6,139 mata, terkesan dari pungutan suara terbaru tersebut.

[adrotate group=”6″]

Hari ini UK bakal melaporkan data pekerjaan yang dijangka lebih baik. Tuntutan bantuan pengangguran dijangka berkurang dari 14,800 kepada 8,800 dan pendapatan purata dijangka meningkat dari 1.9% kepada 2%. Kadar pengangguran dijangka stabil pada 5.1%.  AS pula bakal melaporkan kelulusan permit bangunan bulan Februari yang dijangka stabil pada 1.2 juta unit.  Pada masa yang sama, inflasi dijangka jatuh kembali kepada 0.2% di bawah sifar, manakala inflasi teras dijangka jatuh dari 0.3% kepada 0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat