GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Sep 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar yang meningkat lebih 60 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5410, jatuh semula lebih 100 pips pada sepanjang sesi Eropah untuk menutup sekitar paras 1.5300; setelah indeks PMI pembuatan UK dilaporkan di bawah jangkaan. Kelembapan agak ketara dalam pertumbuhan dari pertengahan 2013 hingga pertengahan 2014, tetapi ianya datang dari asas yang lebih rendah dan semasa ia telah menjadi perlahan, angka pertumbuhan PMI masih lagi baik.

Indeks PMI pembuatan UK dilaporkan pada 51.5 berbanding 51.9 jangkaan dan sebelumnya.  Angka diatas 50 menunjukkan masih terdapat pertumbuhan aktiviti pembuatan, walaupun ianya sedikit rendah dari sebelum ini. Lewat minggu lepas Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata GDP meningkat sebanyak 0.7% pada suku kedua tahun ini, mengesahkan bacaan awal, seperti yang diharapkan.

[adrotate group=”6″]

Pelaburan perniagaan UK pula meningkat 2.9% pada suku tahun, yang tertinggi dalam setahun manakala perdagangan bersih meningkatkan GDP sebanyak 1.0% pada suku ini; sumbangan terbesar daripada perdagangan dalam tempoh empat tahun, ekoran eksport yang melonjak.  Hari ini UK bakal melaporkan indeks PMI pembinaan yang dijangka meningkat dari 57.1 kepada 57.6 dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan ADP NFP “employment change” yang juga dijangka meningkat dari 185 ribu kepada 204 ribu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat