Pound Dollar menyusut lebih 240 pips, ke paras sebelum mesyuarat FOMC, sekitar 1.4750, sepanjang sesi dagangan Asia dan Eropah, Khamis semalam. Sehari sebelum itu, kadar tukaran GBP|USD melonjak naik, apabila para pelabur mula menjual Dollar ekoran gambaran ekonomi Amerika Syarikat yang dijangka mula perlahan tahun ini. GDP berakhir December 2015 yang dijangka pada 2.6%, dikemaskini kepada 2.1%
Di pasaran United Kingdom, Chancellor George Osborne diberitakan diberitakan bakal mengeluarkan kenyataan pro-bisnes sebelum pilihanraya ini bagi mendapat sokongan. Pada masa yang sama, minit mesyuarat Bank of England yang terbaru menunjukkan terdapat dua ahli majlis MPC BoE yang menyokong kenaikan “interest rate”. Keadaan ini dilihat sedikit sebanyak boleh membantu meningkatkan nilai Pound.
Hari ini, United Kingdom bakal melaporkan “public net sector borrowing” yang menunjukkan jumlah pinjaman awam yang telah dibuat kerajaan UK. Peningkatan dari -9.4 bilion Pound kepada 7.7 bilion Pound dijangka, sekaligus menunjukkan aktiviti ekonomi yang bakal terhasil dari penggunaan dana tersebut. Tiada sebarang laporan ekonomi dari AS dan pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.