GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Oct 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar melonjak lebih 70 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5495 sebelum menutup sekitar paras 1.5460; setelah kelemahan dolar AS menguasai pasaran ekoran para pedagang yang tidak pasti tentang apa yang dapat diharapkan dari Federal Reserve AS pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Di pasaran UK, data yang menunjukkan kejatuhan inflasi UK kepada 0.5% mengambil semula tekanan kepada BoE daripada terburu-buru untuk menaikkan kadar pinjaman. Peningkatan dalam pendapatan pengguna telah ditunjukkan dalam beberapa data jualan runcit yang kuat, kerana pengguna adalah pemacu utama ekonomi UK.  UK menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan pada awal tahun 2014, tetapi semakin suram pada akhir tahun ini.

[adrotate group=”6″]

“Memandangkan Bank of England dikenali dengan sikap berhati-hati ke atas kadar pinjaman, pasaran mengharapkan ianya akan dinaikkan secara perlahan-lahan. Kejatuhan lanjut dalam angka pengangguran UK, mungkin meningkatkan peluang potensi kenaikan kadar; tetapi ianya tidak akan menjadi satu-satunya sebab langsung untuk tindakan sedemikian, ” menurut Charles Purdy dari Smart Currency Business.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat