GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 Dis 2015

59

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4950 ke serendah $1.4885, sebelum menutup sekitar paras $1.4895 yang sedikit lebih rendah dari pembukaan sekitar $1.4900; setelah pasaran terus memberi reaksi kepada data jualan runcit UK yang memberansangkan dan kenaikan kadar pertama Federal Reserve AS dalam hampir 10 tahun.

Jualan runcit UK berkembang sebanyak 1.7% pada bulan November. Kedai-kedai, tidak termasuk kedai makanan, telah menunjukkan prestasi yang terbaik sejak Oktober 2014, apabila meningkat sebanyak 2.5% dan menyumbang 1.1 mata asas kepada keseluruhan jualan runcit pada bulan November. Komponen lain dalam jualan runcit seperti kedai-kedai makanan dan bukan kedai-runcit serta bahan api auto masing-masing meningkat sebanyak 0.8%, 1.9% dan 1.9%.

[adrotate group=”6″]

“Senario asas kami tetap bahawa pertumbuhan penggunaan swasta akan mengurang kepada 0.6% pada suku keempat 2015, walaupun kita mengakui terdapat kemungkinan menaik ekoran data terkini yang memberansangkan. Dalam keadaan pertumbuhan upah nominal yang merosot dan jangkaan inflasi yang meningkat awal tahun depan, serta pengukuhan fiskal kerajaan; semua faktor ini akan mempengaruhi perbelanjaan pengguna yang kami lihat akan berkurangan kepada 0.3%-0.4% pada pertengahan 2016 “, menurut Barclays dalam laporannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat