GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Jul 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5590 ke serendah 1.5530; selepas ketiadaan data berimpak tinggi dari UK dan para pedagang yang berpindah ke ekuiti dan aset berisiko tinggi.

Pound seharusnya terus meningkat berbanding Dollar AS lantaran peningkatan tahap pertumbuhan ekonomi di United Kingdom; ditambah pula dengan spekulasi kenaikan “interest rate” oleh Bank of England.  Walau bagaimanapun, secara keseluruhan kita telah melihat kejatuhan British Pound kepada paras 1.53 sebelum melantun kembali ke tahap 1.56.

Di pasaran Amerika Syarikat, pengukuhan Dollar AS telah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya ke atas pertumbuhan GDP negara tersebut. Dollar AS telah meningkat kira-kira 12% sejak pertengahan 2014, meningkat berbanding hampir kesemua rakan dagangannya.  Kenaikan terbesar adalah berbanding Jepun, Mexico, Kanada, dan Euro-Zone. Terdapat pergerakan yang jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara industri baru di Asia dan hampir tidak ada perubahan berbanding China.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat