GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Aug 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar melonjak lebih 170 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5805 sebelum menutup sekitar paras 1.5770; setelah para pedagang di seluruh dunia mula meragui keputusan Federal Reserve AS untuk menaikkan “interest rate” dalam masa terdekat. Ketidakstabilan utama dalam pasaran kewangan global sepanjang minggu lalu diramalkan akan memberi kesan yang besar kepada beberapa mata wang utama.

Sebelum daripada ini, pelabur telah memberi peratusan peluang yang tinggi bahawa bank pusat utama dunia – Federal Reserve AS – akan menaikkan “interest rate” sebelum akhir tahun 2015. Spekulasi pasaran mencapai puncak mereka pada minggu kedua bulan Julai apabila Dolar Amerika meningkat kepada paras paling kukuh berbanding pound sterling sejak pertengahan tahun ini.

Kadar pertukaran GDP/USD merosot kepada serendah 1,5330 pada masa itu apabila Pengerusi Fed, Janet Yellen menegaskan bahawa kadar pinjaman AS dalam perjalanan ke atas untuk kali pertama sejak krisis kewangan global 2008, setelah terdapat bukti dari ‘peningkatan berterusan’ dalam pasaran pekerjaan AS yang menunjukkan kekukuhan kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

Namun buat masa ini, krisis ekonomi yang berlaku di China menyebabkan para pelabur ragu-ragu sama ada Federal Reserve AS akan menaikkan “interest rate” dalam masa terdekat kerana ini boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi global secara besar-besaran.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat