GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Dis 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar susut lebih 60 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4875 sebelum menutup sekitar paras $1.4880; dengan pasaran UK yang masih meraikan Boxing Day. Sebelum cuti Krismas, Pound maju berbanding Dollar dan Euro, walaupun selepas laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi semakin suram pada suku ketiga 2015, kerana Britain dilihat masih menjadi antara ekonomi dengan prestasi terbaik di dunia.

Sterling meningkat berbanding hampir semua 16 matawang utama, apabila data yang diterbitkan menunjukkan ekonomi UK berkembang 0.4% pada suku ketiga 2015, turun daripada kadar pertumbuhan yang disemak semula sebanyak 0.5% dalam tempoh tiga bulan sebelumnya. Keadaan itu telah menyebabkan kadar pulangan Bon kerajaan UK menurun, seperti yang berlaku di seluruh Eropah. “Pertumbuhan di UK mungkin telah suram, tetapi ia masih salah satu yang terbaik dalam kumpulan ekonomi G10,” menurut Jane Foley, strategis mata wang kanan di Rabobank International London.

[adrotate group=”6″]

“Inflasi telah dapat dijinakkan dan BoE tidak tergesa-gesa untuk kenaikan kadar” tambah beliau lagi yang merujuk kepada Bank of England. Bank pusat itu “masih gembira untuk memberi isyarat bahawa langkah dasar seterusnya adalah pengetatan dasar dan ini dilihat akan mengelakkan Pound dari jatuh terlalu jauh.” Prestasi ekonomi adalah sepadan dengan tahap paling lemah sejak 2012 dan kadar pertumbuhan suku tahunan purata kira-kira 0.7% pada tahun lepas. BoE mengekalkan kadar penanda aras pada rekod terendah 0.5% pada bulan ini, dan pegawai BoE telah menyatakan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mengikuti Federal Reserve AS dalam kenaikan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat