GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Jun 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar melonjak lebih 180 pips Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.5180 untuk mencecah paras tertinggi sekitar 1.5365, sebelum menutup sekitar paras 1.5340; selepas pengumuman “Construction PMI” UK yang lebih baik daripada jangkaan. Indeks Markit / CIPS Pengurus Pembelian (PMI) untuk pembinaan di UK, meningkat semula pada Mei kepada 55.9 Mei dari paras 22 bulan terendah April lalu sebanyak 54.2, di atas paras 50 yang menandakan pertumbuhan dan mengatasi jangkaan Reuters sebanyak 55.0

Sebelum daripada itu, laporan Indeks pengurus pembelian (PMI) yang mengukur aktiviti perkilangan UK – di mana 50 adalah pemisah antara pertumbuhan dan penurunan – meningkat lemah dari 51.8 pada bulan April kepada hanya 52 pada bulan Mei. Pasaran menjangkakan 52.7 dan laporan oleh Markit dan “Chartered Institute of Procurement and Supply”, menyalahkan permintaan yang kurang memberangsangkan dari luar negara atas kelembapan yang berterusan.

Hari ini UK bakal melaporkan “services PMI” pula yang dijangka menurun dari 59.5 kepada 59.2 dan malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan ADP NFP yang dijangka meningkat dari 169 ribu kepada 198 ribu pekerja, defisit dagangan yang bertambah baik dari -$51.4 billion kepada -$43.9 billion, serta “ISM non-manufacturing PMI” yang sedikit susut dari 57.8 kepada 57.1

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat