Pound Dollar yang jatuh lebih 60 pips pada sesi Asia Jumaat lalu, kembali memacu naik lebih 120 pips, apabila pasaran Eropah dibuka; sebelum menutup pada sekitar 1.4875, dibawah pivot minggu lepas. Kadar tukaran GBP|USD yang menutup dengan ‘bearish candle’ minggu lepas, menunjukkan pasaran yang mula gusar dengan risiko pilihanraya yang bakal dihadapi oleh United Kingdom Mei ini. Pivot mingguan yang baru adalah pada sekitar 1.4890
Di pasaran United Kingdom, Bank of England dalam satu kenyataan mengatakan bahawa, inflasi bakal meningkat semula dalam masa setahun. Ketika ini inflasi sebenar adalah lebih dari 1%, apabila pelbagai faktor seperti kejatuhan harga minyak diambil kira. Para penganalisa ramai yang menjangka, BoE bakal menaikkan “interest rate” seawal suku pertama 2016. Pound dijangka kembali kukuh selepas dari pilihanraya Mei ini.
Hari ini, data-data kredit dari United Kingdom seperti “net lending to individuals”, “consumer credit’ dan “mortgage approvals” dijangka bakal mendapat perhatian para penganalisa. Ketiga-tiga data ini dijangka dilaporkan lebih baik dari sebelumnya; sekaligus Pound dijangka mendapat permintaan, ekoran tiada data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni