GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Oct 2015

73

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar melonjak lebih 75 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5320 sebelum menutup sekitar paras 1.5310; setelah indeks Harga Rumah Nationwide UK dilaporkan sedikit lebih baik daripada jangkaan. Harga rumah di UK telah meningkat lagi, menurut angka baru semalam, dengan harga yang meningkat 3.9% pada tahun ini sehingga Oktober, meningkat daripada 3.8% pada tempoh yang sama tahun lepas.

Indeks Harga Rumah Nationwide UK menunjukkan harga purata kini telah meningkat kepada £196,807 daripada £195,585 pada masa yang sama tahun lepas. Itu satu kenaikan sebanyak 0.6% dari bulan September.  Walaupun pertumbuhan harga rumah masih jauh dari kemuncak, ia kelihatan kukuh. Angka semalam dari Pejabat Pendaftaran Tanah UK menunjukkan harga purata di London menjangkau £500,000 pada bulan September, meningkat 9.6% berbanding bulan yang sama pada tahun lepas.

[adrotate group=”6″]

Robert Gardner, Ketua Ekonomi di Nationwide UK, mungkin juga telah mengulangi komen bulan lepas: “Sepanjang lima bulan lepas, pertumbuhan harga tahunan kekal dalam julat yang kecil antara tiga hingga empat peratus, selaras dengan pertumbuhan pendapatan dalam jangka masa panjang”.  “Walaupun ini merupakan petanda baik bagi peningkatan yang berterusan dalam aktiviti pasaran perumahan; ianya banyak bergantung kepada sama ada aktiviti pembinaan boleh bergerak seiring dengan permintaan yang semakin meningkat.” tambah beliau lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat