GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Sep 2015

23

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar jatuh lebih 75 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5130 sebelum menutup sekitar paras 1.5145; setelah dolar AS beraksi lebih kukuh daripada jangkaan, ekoran semakin ramai ahli majlis FOMC Federal Reserve AS telah melompat ke kem kenaikan kadar dengan semua tanda-tanda bahawa Feds akan menaikkan kadar pada tahun 2015.

Di pasaran UK pula, Gabenor Bank of England Mark Carney menegaskan bahawa kadar pinjaman asas UK akan dinormalkan secara beransur-ansur, memandangkan pasaran buruh yang semakin kukuh dan gaji pekerja yang semakin baik.  Tetapi dengan keseluruhan inflasi yang masih agak lemah, sesetengah pelabur masih ragu-ragu sama ada BoE akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar.

[adrotate group=”6″]

“Walaupun komentar baru-baru ini oleh beberapa pegawai BoE mencadangkan perubahan dasar, dengan kenaikan kadar boleh bermula sekitar lewat tahun ini; sterling telah berada di bawah tekanan jualan yang meningkat,” menurut Marshall Gittler, ketua strategi FX global di IronFX.  “Oleh itu, satu set data yang mantap diperlukan untuk pound kembali mendapatkan momentum semula.” tambah beliau lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat