GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Dis 2015

30

Pound Dollar terus merudum untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 100 pips untuk ke paras terendah harian sekitar 1.4955 sebelum menutup sekitar paras 1.5005; setelah data ekonomi UK yang kurang memberangsangkan, dengan kedua-dua indeks pengeluaran perindustrian dan pembuatan UK meleset dari jangkaan serta jualan runcit BRC yang turun bersama-sama dengan Indeks Perumahan Halifax.

Di pasaran UK, pengeluaran industri British bagi bulan Oktober meningkat 0.1%, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK semalam – peningkatan sebanyak 1.7% peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas. Ini adalah di luar jangkaan penganalisis yang dibanci oleh The Wall Street Journal minggu lalu, tetapi masih menunjukkan bahawa industri UK mampu memberi rangsangan yang ketara kepada ekonomi UK pada suku kini.

[adrotate group=”6″]

Pengeluaran pembuatan UK pula jatuh sebanyak 0.4% pada bulan Oktober, berbanding bulan sebelumnya, menurut angka rasmi semalam.  Angka itu, daripada Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK, adalah lebih teruk daripada jangkaan dan peningkatan 0.9% yang dilihat pada bulan September lalu.  Berbanding Oktober tahun lepas pula, pengeluaran pembuatan telah susut 0.1%. Pengeluaran telah diseret turun oleh kejatuhan dalam sektor perkilangan, terutamanya penurunan dalam pembaikan dan penyelenggaraan pesawat dan pembuatan kapal angkasa pembuatan, tambah ONS lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat