Pound Dollar terus merudum untuk hari ketiga, lebih 190 pips Jumaat lalu untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5025 sebelum menutup sekitar paras 1.5045; setelah laporan pekerjaan sektor bukan perladangan AS melompat lebih tinggi berbanding jangkaan. Indeks Dollar didagangkan melebihi 99 dan terus memacu kerana sentimen Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada bulan Disember ini semakin kuat.
Di pasaran UK, Bank of England membekukan kadar pada 0.5% dengan Ian McCafferty satu-satunya dari sembilan orang ahli majlis MPC yang mengundi untuk kenaikan kadar. Beliau berkata inflasi yang kini berjalan pada -0.1%, akan kembali ke sasaran 2% ‘dalam sekitar dua tahun’ jika kadar meningkat seperti yang dijangkakan pasaran. Ramalan BoE menyokong pandangan bahawa kadar akan kekal rendah sepanjang tahun depan dan mungkin meningkat kepada 0.75% pada awal 2017.
[adrotate group=”6″]
Gabenor Mark Carney berkata, BoE tidak akan mempertimbangkan untuk mengetatkan program pelonggaran kuantitatif sebanyak £375 bilion sebulan sehinggalah kadar mencecah 2% – sesuatu yang tidak dijangka sehinggalah akhir dekad ini. Kali terakhir kadar UK meningkat adalah pada Julai 2007, daripada 5.5% kepada 5.75% peratus; sebelum jatuh dalam krisis kewangan, mencapai paras terendah iaitu 0.5% pada Mac 2009.