GBPUSD Jatuh Hampir 300 Pips – Menjelang Undi Parlimen Terhadap PM May

1,926

GBP/USD dan GBP/JPY masing-masing tampak kritikal apabila jatuh dari paras tertinggi awal pagi tadi hampir 300 pips sebelum membuat kenaikan kembali lebih 100 pips sekitar petang dan malam ini.

Undi parlimen yang akan menentukan adakah rundingan PM May dan EU diterima parlimen akan berlangsung sekitar jam 3 pagi sekejap lagi (waktu Malaysia – Hari Rabu 13 Mac 2019)

PM May dijangka kalah undi yang akan dibuat pagi nanti setelah Northern Ireland’s Democratic Unionist Party (DUP) mengeluarkan kenyataan rasmi tidak akan menyokong PM Theresa May dalam undian pagi nanti.

May dijangka kalah lagi setelah “meaningful vote” Januari lalu mengalami kegagalan.

DUP mengatakan yang May tidak membuat rundingan yang secukupnya ditambah masalah dalam sempadan Ireland dan Northern Ireland.

Jika PM May kalah pada awal pagi nanti, dijangka satu undian lagi akan diadakan untuk menentukan adakah UK akan keluar dari EU – dengan deal atau “no deal brexit” yang akan memberikan kesan yang sangat negatif pada matawang Pound itu.

Tarikh akhir UK akan keluar dari EU dijangka Mac 29 ini, kecuali jika UK menunda Artikel 50 ataupun memutuskan untuk membuat referendum membatalkannya yang mana akan membuat situasi lebih rumit.

Setakat ini matawang Sterling ini nampak sangat berisiko dengan ketidaktentuan isu BREXIT. GBP/USD dan GBP/JPY nampak bergerak naik turun lebih 100 pips pada tahap tidak normal.

Jangan ketinggalan isu brexit ini. Follow update dari Telegram INTRADAY untuk kemaskini lebih pantas – Klik Sini

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat