Gelora FTX Tak Habis Lagi, Syarikat Besar Ini Pula ‘Tutup Kedai’!

220

“Ingatkan dah habis, rupanya ada lagi syarikat yang terkesan dengan FTX.”

Kejatuhan FTX yang memberi tempias terhadap kebanyakan syarikat exchanger mata wang kripto masih belum pulih apabila baru-baru ini dilaporkan terdapat firma dana lindung nilai (hedge fund)* memulangkan wang kepada pelabur susulan memutuskan untuk tutup perkhidmatannya.

*Pelaburan yang diuruskan oleh pakar industri dengan matlamat untuk menjana pulangan dalam pasaran kripto yang sangat tidak menentu.

Syarikat hedge fund tersebut adalah Galois Capital, di mana mereka telah menguruskan aset digital sekitar $200 juta namun kini terpaksa memberitahu pelaburnya bahawa ia akan tamatkan setiap dagangannya.

Menurut Kevin Zhao, Co-founder Galois Capital sungguh kecewa syarikatnya tidak dapat lagi meneruskan operasi disebabkan rintangan dihadapi mereka untuk kekalkan prestasi yang semakin merudum.

Hal ini kerana separuh daripada aset digital Galois Capital telah lesap sejurus selepas pasaran kripto digegarkan oleh berita tentang keruntuhan FTX yang turut memberi impak negatif kepada pelabur.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa pelanggannya akan menerima 90% daripada wang tidak terperangkap dalam FTX, tetapi baki 10% perlu ditahan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak oleh mereka.

Zhao turut mencadangkan supaya menjual tuntutan dana ke atas FTX untuk mengelak proses undang-undang yang panjang susulan prosiding kebankrapan mampu bertahan selama lebih satu dekad atau lebih.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX bernama Sam Bankman-Fried atau lebih dikenali sebagai SBF yang sebelum ini tidak mengaku bersalah akan menghadapi perbicaraan pada bulan Oktober atas tuduhan penipuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat