Gempak! Jepun Akan Ada Matawang Digital Sendiri!

470

Bank for International Settlements (BIS), telah bekerjasama dengan  7 buah bank pusat, menerbitkan laporan bersama yang  pertama berkenaan matawang digital bank pusat pada 9 Oktober, dengan menfokuskan kepada prinsip asas dan ciri utama CBDC.

Di samping itu, Bank of Japan, yang merupakan salah satu anggota kumpulan itu, telah mengeluarkan dokumen yang menggariskan pendekatan khusus untuk CBDC dari perspektif mereka yang berpusat di Jepun.

Menurut laporan BoJ, mereka akan memulakan beberapa fasa pengujian untuk CBDC sendiri pada tahun 2021. Ini akan merangkumi ujian perkembangan persekitaran untuk matawang dan eksperimen terhadap fungsi asasnya sebagai instrumen pembayaran.

Hal ini demikian kerana penggunaan luar talian pada ketika kegagalan sistem dan rangkaian serta terputusnya bekalan elektrik juga penting bagi Jepun kerana negara tersebut sering terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir, taufan dan letusan gunung berapi.

Namun begitu, laporan itu tidak memberikan perincian mengenai bagaimana persediaan mereka terhadap peristiwa tersebut, walaupun terdapat penyelesaian khusus untuk menangani kemungkinan kegagalan elektrik atau rangkaian untuk Bitcoin (BTC) dan matawang kripto berasaskan blockchain lain. Contohnya, pengembangan jaringan mesh berdasarkan pemancar radio gelombang panjang, dan rangkaian satelit Blockstream, yang menyiarkan transaksi Bitcoin melalui ruang angkasa.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan penyelidikan mata wang digital BIS diumumkan pada Januari 2020, dan termasuk bank pusat dari Jepun, Kanada, United Kingdom, Sweden, Switzerland dan Bank Pusat Eropah. Selain itu, The Federal Stated Federal Reserve juga telah menyertai kumpulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat