Gempar! Deutsche Bank & Standard Chartered Uji Sistem Transaksi Digital Yang Bakal Cabar SWIFT!

857

“Wahhh gabungan yang sangat dahsyat, harap matlamatnya akan berjayalah.”

Deutsche Bank dan Standard Chartered SC Ventures sedang menguji sistem yang akan membenarkan transaksi berasaskan blockchain, stablecoin dan mata wang digital bank pusat (CBDC), iaitu pendekatan agak serupa seperti lapisan pemesejan SWIFT dalam infrastruktur perbankan tradisional.

Kedua-dua bank itu telah menjalankan satu siri kes ujian termasuk memindahkan dan menukarkan stablecoin USDC pada Rangkaian Pembayaran Digital Universal (UDPN) yang merupakan sistem blockchain terdiri daripada nod validator dikendalikan oleh bank, institusi kewangan serta perunding.

Dicipta oleh perunding teknologi GFT Group dan Red Date Technology termasuk co-founder Rangkaian Perkhidmatan Berasaskan Blockchain China (BSN), sistem itu membenarkan transaksi berlaku merentasi rangkaian daripada stablecoin pada blockchain awam kepada CBDC.

Kemudian, UDPN akan bertindak sebagai bridge kebolehoperasian antara pelbagai jenis rangkaian blockchain sambil mengaplikasikan piawaian identiti digital decentralized (DID).

Menurut Thorsten Neumann, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) SC Ventures berkata UDPN adalah rangkaian yang membenarkan gabungan ahli, tetapi ia bukan sahaja rangkaian tanpa kebenaran malah transaksi diletakkan pada infrastruktur asas.

Maksudnya, institusi pengirim mengambil nilai token dan memindahkannya ke dalam kontrak pintar diuruskan oleh UDPN apabila melaksanakan pemindahan mata wang rentas sempadan, kemudian akan mengeluarkan target currency* daripada kontrak pintar itu.

*Denominasi yang ditukar untuk mendapatkan mata wang atau negara atau wilayah lain

Pada masa ini, UDPN terdiri daripada 25 organisasi yang menjalankan sekitar 10 ujian proof-of-concept (POC)**, ulas Steffen Schacher, ketua UDPN di GFT Group yang turut disertai oleh bank dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Amerika Latin dan Eropah.

**Proses untuk menentukan sama ada projek blockchain mempunyai potensi dan aplikasi praktikal

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat