GEMPAR! The Fed Sahkan Tiada Sekatan Terhadap Matawang Kripto!

639

Pengerusi Federal Reserve (The Fed), Jerome Powell mengesahkan Amerika Syarikat (AS) tidak merancang untuk menyekat Bitcoin (BTC) dan matawang kripto yang lain.

Bagaimanapun, stablecoins masih memerlukan pemantauan undang-undang yang lebih ketat.

Dalam pendengaran Oversight of the Treasury Department’s and Federal Reserve’s Pandemic Response yang diadakan semalam, pendukung kripto dan ahli Congressional Blockchain Caucus, Ted Budd menyoal Powell:

“Adakah anda mahu menyekat atau menghadkan penggunaan matawang kripto seperti yang dilakukan China?”

Powell menjawab perkara itu tiada di dalam perancangannya dan kenyataannya pada Julai adalah satu kesilapan. Budd kemudiannya mengulang soalan yang sama kerana sebelum ini Powell ada menunjukkan tanda-tanda mahu mengharamkan penggunaan kripto.

Merujuk kepada kenyataan pada Julai, Powell mendakwa AS tidak memerlukan stablecoins atau matawang kripto dengan kewujudan dolar digital pada masa akan datang.

Jawapan Powell bagi soalan Budd masih sama – tidak.

Menyentuh perihal stablecoins, Powell menyamakan aset itu dengan dana pasaran wang atau deposit bank: “Aset ini ada sesetengahnya melangkaui batas perundangan, dan ada baiknya dikenakan undang-undang. Aktiviti yang sama, perundangan yang sama.”

Tidak dinafikan, CBDC berada di bawah pantauan The Fed tetapi penggubal undang-undang masih belum menentukan sama ada untuk meneruskan pembangunan dolar digital atau tidak.

Buat masa sekarang, bank pusat telah menghasilkan beberapa laporan kajian berkaitan kelebihan dan potensi penghalang dalam melancarkan CBDC.

Impak berita ini kepada pasaran kripto tidak mengujakan. Namun, kebanyakan aset kripto mula menunjukkan pergerakan yang memberangsangkan.

Ketika penulisan, Bitcoin (BTC) didagangkan pada $43,961 dengan peningkatan sebanyak 1.13% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat