‘Perlu Ada Undang-Undang Tegas Ke Atas Stablecoins’ – Pengerusi Federal Reserves

310

Pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell mahu perundangan tegas dikenakan ke atas stablecoins sama seperti yang diterapkan ke atas dana pasaran wang atau simpanan bank.

Kenyataan tersebut dibentangkan bersama Dewan Rakyat pada hari ini.

Jelasnya: “Aktiviti ekonomi ini sama sahaja dengan simpanan bank dan dana pasaran wang, dan wajar dikenakan undang-undang yang setara.”

Disebabkan itu, jika stablecoin mahu dijadikan sebagai sebahagian daripada sektor pembayaran,  bermakna perlu ada undang-undang dikenakan memandangkan buat masa sekarang masih belum wujud rangka kerja untuk aset tersebut.

Powell juga percaya amat mustahil untuk melihat aset kripto dijadikan sebagai medium pembayaran pada masa akan datang kerana cirinya yang terlalu volatile dan berisiko.

Pada masa yang sama, topik CBDC juga disentuh oleh Powell di mana beliau memberitahu pembangunan dolar digital serta-merta akan melenyapkan keperluan stablecoin atau matawang kripto:

“Kita tidak perlukan stablecoins atau matawang kripto jika matawang digital bank pusat, dolar digital dibangunkan.”

Ekoran daripada itu Powell mengumumkan laporan berkaitan manfaat dan risiko CBDC di Amerika Syarikat (AS) akan dikeluarkan pada September ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat