“Geng Paus” Tidak Gusar, MicroStrategy Tambah Lagi Lebih 3K BTC!

325

Syarikat teknologi terkemuka Amerika, MicroStrategy dilaporkan membeli 3,205 BTC antara 1 November dan 24 Disember.

Syarikat itu menjual 704 BTC pada 22 Disember dan ini menatijahkan jumlah pegangannya kini berjumlah 132,251 BTC.

Pemegang korporat BTC terbesar masih iltizam dengan agenda bitcoinnya yang membeli lebih banyak mata wang kripto utama. Ia memperoleh 2,395 BTC untuk kira-kira $42.8 juta, pada harga purata sekitar $17,871 setiap BTC antara awal November dan 21 Disember.

Firma tersebut menjual 704 BTC pada 22 Disember dengan harga hampir $12 juta untuk menampung kerugian modal sebelumnya. Pada Malam Krismas, MicroStrategy membeli 810 BTC tambahan yang berjumlah $13.6 juta,menjadikan jumlah pemilikannya kepada 132,251 BTC (bersamaan dengan $2.2 bilion pada harga semasa).

Michael Saylor, Pengerusi Eksekutif mengumumkan makluman berita itu di akaun Twitter peribadinya dengan menyatakan organisasi itu membelanjakan lebih sedikit $4 bilion secara keseluruhan.

Saylor disis lain turut menyatakan bahawa syarikat itu berhasrat untuk melancarkan penyelesaian dan aplikasi dikuasakan Bitcoin Lightning Network pada tahun depan. Dikhabarkan bahawa MicroStrategy sedang meneroka cara untuk mengintegrasikan penyelesaian Rangkaian Lightning. Oleh itu, syarikat itu dapat membolehkan pengguna memproses transaksi bitcoin dengan lebih cepat, lebih murah dan lebih cekap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat