Genting Highlands Bakal Dibuka Semula, Saham Genting Kembali ‘Mengaum’

896

Harga saham Genting Bhd serta Genting Malaysia Bhd (GENM) mempamerkan pendakian agresif sejurus perkhabaran mengenai Genting Highlands bakal dibuka semula bermula 1 Oktober ini.

Meniliti laporan yang dikeluarkan, Genting Highlands telah tersenarai di antara destinasi percutian baharu yang akan kembali dibuka tidak lama lagi termasuk Pulau Tioman dan juga negeri Melaka.

Setakat 4.14 petang, harga saham Genting kekal mendaki sebanyak 0.41% menjadi RM4.92 setelah capai paras tertinggi harian sekitar RM4.99 dan mengumpul permodalan pasaran bernilai RM19.15 bilion.

Manakala harga saham GENM juga masih menokok 0.33% kepada RM3.06 yang mana sebelum ini telah diperdagangkan di paras harga RM3.09 dan memiliki permodalan pasaran bernilai RM18.11 bilion.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan bahawa pembukaan semula Langkawi baru-baru ini telah menyaksikan kejayaan di bawah gelembung perjalanan percubaan.

Berdasarkan rekod penilaian yang diperhatikan, hampir 10 ribu pelancong telah membanjiri pulau Langkawi itu untuk kembali bercuti dan juga merancakkan semula pasaran ekonomi.

Destinasi pelancongan lain yang diutamakan di daerah seperti Genting Highlands dan Fraser Hill telah menampakkan kadar vaksinasi mencapai 100% sebagai persediaan untuk membuka semula sektor itu.

Nancy berkemungkinan akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai pembukaan semula pelancongan antara negara, menurut Bernama.

Susulan pembukaan semula sektor tersebut, Resort World Genting sangat gembira dan sedia mengalu-alukan kedatangan pelancong dengan menjamin keselamatan pengunjung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat