Gila! NFT Serum Bored Ape Yatch “Mega Mutant” Terjual Pada Harga Lebih RM24 Juta!

927

Non-fungible token (NFT) Mega Mutant Serum (atau disebut: M3 Mutant Serum) mendapat sambutan yang luar biasa sejak kebelakangan ini.

Serum #69 telah terjual pada nilai 1,542.069 ETH (bersamaan $5.8 juta, RM 24.3 juta), menjadikan harganya dua kali lebih tinggi berbanding rekod sebelumnya, 888.88 ETH dan yang termahal dalam sejarah penjualan serum Bored Ape.

Dikatakan serum tersebut milik pengasas syarikat penyedia perkhidmatan blockchain, Chain; Deepak Thapliyal.

Apa itu Mega Mutant Serum?

Serum ini merupakan sebahagian daripada projek Bored Ape Chemistry Club dan jumlahnya sangat terhad pada 10,000 NFT Mutant Serum.

Airdrop NFT tersebut boleh dilakukan kepada semua pemilik NFT Bored Ape yang mahukan ‘perubahan’ kepada koleksi dan menambah keunikkannya.

Siri ini memiliki tiga jenis serum di mana M1 dan M2 Mutant Serum mampu mengubah beruk asal tetapi masih mengekalkan ciri-cirinya terdahulu.

Untuk Mega Mutant Serum inilah perubahan beruk akan menjadi sesuatu yang tidak dijangka menjadikan koleksi ini lebih unik dengan konsep “mutant” dan meraih permintaan yang tinggi dalam pasaran.

Dikatakan sebanyak 7,500 serum M1, 2,492 serum M2, dan 8 Mega Mutant telah dipasarkan.

Bagaimanapun, serum-serum ini akan tamat tempoh sebaik sahaja digunakan.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat