Tahukah anda carta harga pasangan mata wang EUR/JPY kini sedang didagangkan di paras paling tinggi sejak tahun 1992?
Ya, ini adalah paras tertinggi yang dicapai harga selepas berjaya menembusi paras 170.00 minggu ini.
Situasi pergerakan menaik harga yang berterusan menunjukkan mata wang Euro bergerak lebih baik berbanding Yen yang lebih berisiko.
Kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan campur tangan oleh pihak berkuasa Jepun untuk menstabilkan semula nilai Yen, boleh memberi impak besar terhadap pasaran kewangan.
Sementara Euro pula sejak kebelakangan ini lebih dipengaruhi oleh sentimen politik dengan berlangsungnya pilihan raya di Perancis.
Walaupun tampak positif berbanding Yen, namun Euro tetap diselubungi risiko ketidaktentuan dengan pertukaran parti memerintah di Perancis.
Trend pada carta EUR/JPY kekal bullish melihatkan harga yang telah menembusi rintangan 170.00 yang merupakan paras puncak dicapai pada Jun 2008.
Melepasi ketinggian yang terbaru ini, harga memecah rekod tertinggi untuk tempoh 32 tahun.
Minggu lalu, harga telah mencapai paras ketinggian 174.500 dan pada minggu ini pula harga sedikit melepasinya untuk berlegar sekitar 174.700 hari ini (Rabu).
Walaupun pergerakan menaik harga agak mendatar sejak minggu lalu bersambung ke minggu ini, trend dilihat kekal bullish dengan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut.
Kenaikan lebih tinggi dijangka akan diteruskan untuk harga terus memecah rekod terbaru. Paras 175.00 semakin hampir ditembusi sebelum 176.00 dan 177.00 sebagai sasaran seterusnya harga.
Namun, kejutan terjunan harga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dengan beberapa paras tumpuan bakal diuji seperti 173.00 dan 172.00.
Zon 171.500 juga dilihat zon penting yang telah mengundang reaksi harga pada corak kenaikan sebelum ini.
Penurunan yang dilanjutkan bakal kembali semula ke paras sempadan 170.00.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG