GOLD Akhirnya Turun Semula Di Bawah Paras $1900

1,045

Harga emas terus bergerak di bawah paras $1900 selepas dua hari Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell berucap. Acara akan terus berlangsung sehingga Khamis.

Jika diperhatikan pergerakan harga emas pada carta XAU/USD semalam, harga lebih mendatar di atas paras 1900.00 namun masih gagal tembusinya selepas harga menjunam lebih 700 pips pada hari sebelumnya.

Harga emas terus menjunam sejak awal sesi Asia pagi ini di bawah paras 1900.00 bersambung ke sesi Eropah berikutan US dolar yang terus mengukuh.

Sentimen risk-off pasaran memberi kelebihan terhadap US dolar untuk mengukuh sebagai matawang safe-haven sehingga menenggelamkan tarikan emas.

Selain itu, menambahkan lagi kekuatan nilai US dolar ketika ini susulan ucapan oleh Jerome Powell yang menyatakan keyakinan terhadap ketahanan ekonomi Amerika Syarikat berdepan krisis sementara Presiden Fed Chicago, Charles Evans menyatakan bank pusat boleh menaikkan kadar faedah lebih cepat walaupun belum mencapai sasaran inflasi 2%.

Harga emas telah jatuh hampir menyentuh paras 1870.00 dengan penurunan setakat jam 5 petang waktu tempatan sudahpun mencecah 300 pips.

Dengan trend bearish pada dagangan logam kuning, harga dijangkakan akan turun lebih rendah sehingga penghujung dagangan minggu ini berakhir.

Kenaikan harga akan dipantau pelabur sama ada mampukah harga naik semula di atas paras 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat