GOLD Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gold-020

Emas kembali memacu naik lebih $15.50/oz Selasa semalam untuk memberi tekanan kepada paras $1,200 disokong oleh aktiviti mengambil untung dari penjualan Dollar semalam. Dollar AS merosot selepas Greece membuat pembayaran berjadual sebanyak €750 Juta kepada IMF. Pembelian masa tambahan untuk Greece itu mengangkat Euro, yang juga memberi kesan kepada Dollar.

Walaupun berita baik ialah Greece membuat pembayaran, berita buruk adalah bahawa mereka terpaksa menggunakan akaun escrow IMF mereka untuk melakukannya. Dilaporkan, €650 Juta pembayaran kepada IMF datang dari dana Rizab IMF mereka. Greece dengan cepat telah kehabisan hampir semua rizab tunai mereka, menimbulkan persoalan sama ada ia akan dapat mengadakan dana tambahan untuk membuat pembayaran sebanyak €2 bilion sepanjang Julai. “Isu kecairan adalah isu yang terlalu mendesak,” kata Menteri Kewangan Yanis Varoufakis hari ini.

Sesungguhnya, keadaan kini telah menjadi terlalu mendesak untuk beberapa waktu. Greece kini lebih hampir dengan kebangkrapan yang hampir pasti akan datang melainkan dana kecemasan lain boleh didapatkan. Pada ketika itu, pilihan ‘Grexit’ akan bertambah nyata. IMF kini mengatakan bahawa ia tidak mempunyai kepentingan dalam menyumbang bantuan selanjutnya kepada Greece.

Masalah kecil di Eropah itu, kini boleh menjadi masalah untuk seluruh benua Eropah. Walau bagaimanapun, banyak negara Eropah kehilangan punca dan mungkin hanya ada sedikit minat sahaja untuk menyelamatkan Greece dari Jerman. Risiko inilah yang dijangka boleh memacu permintaan untuk emas. Apabila Lehman Brothers muflis pada tahun 2008, ketakutan menyelubungi industri kewangan global sebelum krisis kewangan yang lebih besar meledak. Kemuflisan sebuah negara berdaulat – dan ahli EU – sudah tentunya mempunyai lebih banyak kesan yang ketara.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat