GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Rabu semalam, emas sekali lagi menutup carta harian dengan “bearish inverted hammer” atau “bearish pin bar”, walaupun pada awalnya telah memacu naik mencapai sekitar $1,244.30/troy oz, pada awal sesi dagangan New York apabila jualan runcit Amerika Syarikat dilaporkan meleset, malah lebih buruk dari sebelumnya.  Penjualan pada lewat petang New York itu menyebabkan emas jatuh ke paras terendah sekitar $1,224.85 sebelum menutup pada sekitar $1,228.55

Emas yang telah meningkat naik lebih 5% sejak awal Januari lalu, dan pada masa yang sama Dollar juga turut meningkat, sekaligus menyebabkan minyak mentah jatuh harga; menunjukkan permintaan terhadap emas ini lebih bersifat sebagai perlindungan kepada aset-aset pelaburan yang lain.  US Dollar Index pula telah melonjak 2.5% pada bulan ini, menjadikannya yang tertinggi sejak suku pertama 2009.

Di pasaran hadapan, “open interest” bagi kontrak Februari 2015, mengurang dari 218,396 kepada 184,045 dan April 2015 terus meningkat dari 91,519 kepada 118,079.  “Open interest” adalah jumlah kontrak belian dan jualan yang masih belum disempurnakan.  Sehingga penutup sesi New York semalam, harga “spot” emas masih dilihat lebih murah berbanding “futures” sekaligus menandakan “bullish” sentimen para pelabur.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat