GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

31

moshedfx-forex-malaysia-gold-016

Harga emas jatuh semula lebih $1.15/oz Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,075.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,078.10/oz; setelah pasaran terus meningkatkan kemungkinan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.  Walau bagaimanapun, kenyataan minit mesyuarat FOMC sebelum ini, yang menyatakan bahawa Feds akan mengambil masa yang beransur-ansur dalam menaikkan kadar buat kali pertama dalam hampir satu dekad, membuatkan pasaran dalam mood bercampur-campur.

Menurut para penganalisis, pasaran telah menjadi ‘oversold’ selepas jatuh ke paras paling rendah sejak Februari 2010, sekitar $1,064.95/oz.  Cadangan dalam minit mesyuarat FOMC bahawa Feds AS akan bergerak dengan berhati-hati ke atas kadar, mendorong ‘short-covering’, sekaligus membantu sokongan harga emas.  Penganalisis menisbahkan kenaikan kontrak hadapan emas kepada trend pengukuhan global, ekoran ucapan Naib Pengerusi Federal Reserve AS Stanley Fischer, bahawa pembuat dasar AS telah melakukan yang terbaik untuk menyediakan pasaran antarabangsa bagi peningkatan kadar pertama sejak 2006.

[adrotate group=”6″]

Spekulasi bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad pada tahun ini, telah meningkat sejak pengumuman data pekerjaan AS yang kukuh pada awal bulan ini; sekaligus mencetuskan penurunan mendadak dalam harga emas. Kadar yang lebih tinggi cenderung untuk memberati emas, kerana ianya mengangkat kos untuk memegang aset yang tidak berkadar, dan meningkatkan nilai Dollar AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat