GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

40

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,242.80/oz ke serendah $1,221.20/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,232.60/oz; setelah para pelabur berhati-hati menyaksikan pasaran saham dan minyak yang tidak menentu untuk petunjuk seterusnya. Emas mendapat sokongan di atas paras $1,200/oz, terkesan daripada aliran masuk dana ke dalam ETF emas.

Aliran masuk ke SPDR Gold Trust, ETF emas terbesar dunia, sejak awal tahun ini telah pun melepasi aliran keluar bagi keseluruhan tahun 2015. Peningkatan dalam aset setakat ini berada pada paras tertinggi sejak 2010 dengan pegangan dana bangkit semula kepada 760.32 tan metrik. Pergolakan pasaran baru-baru ini juga mungkin memainkan peranan.

[adrotate group=”6″]

Emas umumnya dianggap pelaburan ‘safe-haven’ yang baik apabila pasaran kewangan dan geopolitik mengalami ketidakpastian. Turun naik dalam pasaran kewangan pada tahun ini dan penyebaran “risiko politik” di seluruh dunia, telah menyumbang kepada peningkatan lebih 18% baru-baru ini, dengan harga tertinggi tahun ini sekitar $1,263.35/oz.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat