GOLD Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-gold-003

Pembeli emas menerima nasib malang, apabila harga emas merudum lebih $21/oz sepanjang 3 sesi dagangan Selasa semalam, memecahkan harga sokongan $1,200 dan berada di paras $1,189/oz ketika artikel ini ditulis. Emas berada dalam tekanan jualan, setelah harga global yang menunjukkan tanda-tanda pembelian sekitar $1,200/oz mula berkurangan. Logam kuning berharga itu berada sekitar paras 3 bulan tertinggi pada minggu lepas, sebelum jatuh ke kembali ke harga kos produksi $1,200/oz di tengah-tengah kenaikan kukuh nilai Dollar AS.

Federal Reserve AS mungkin akan menaikkan “interest rate” tahun ini, selagi aktiviti ekonomi meningkat, menurut pengerusinya Janet Yellen dalam satu temubual. Dari situ, kadar kenaikan masa hadapan akan bergerak beransur-ansur, katanya. Dalam satu ucapan awam, Yellen berkata faktor-faktor sementara kebanyakannya adalah penyebab kepada kelemahan suku pertama, dan ekonomi seharusnya meningkatkan sepanjang tahun.

Pasaran buruh kini “menghampiri kekuatan penuh,” dan pengangguran jatuh kepada hampir 5% menjelang akhir tahun ini, beliau meramalkan. Melambatkan tindakan untuk mengetatkan dasar kewangan, sehingga pekerjaan dan inflasi sudah kembali kepada sasaran akan menghadapi risiko ekonomi, tambah beliau lagi.

Sementara itu, spekulator emas dan trader besar di pasaran hadapan, meningkatkan kedudukan belian emas mereka dengan ketara minggu lepas. Pembelian kontrak hadapan emas naik selama dua minggu berturut-turut, menurut data Komitmen oleh Traders (COT) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komoditi & Dagangan Niaga Hadapan (CFTC) pada hari Jumaat lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat